Permohonan Kemasukan Kolej Professional MARA Sesi 2022/2023

Kolej Professional MARA sedang membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tersebut bagi kemasukan November 2022 untuk sesi 2022/2023.

Untuk makluman, Kolej Profesional MARA merupakan institusi pendidikan yang menawarkan program-program diploma dan sijil.

Kurikulum di kolej ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

Untuk pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan kemasukan secara atas talian sehingga 30 September 2022.

Lokasi Kolej

Sehingga kini, terdapat 6 institusi pendidikan ini di seluruh negara iaitu:

  • Kolej Profesional MARA Beranang
  • Kolej Profesional MARA Ayer Molek
  • Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
  • Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan di kolej ini adalah seperti berikut:

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  • Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  • Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  • Diploma in Computer Networking (DCN)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in Marketing (DMK)
  • Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
  • Diploma in Computer Science (DCS)
  • Diploma in English Communication (DEC)
  • Diploma in Halal Industry (DHI)
  • Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
  • Certified Accounting Technician (CAT)
  • Intensive English Programme (IEP)

Syarat Kelayakan

3 syarat kelayakan yang dikenakan kepada pemohon yang ingin memasuki kolej ini iaitu:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  2. Berumur 18 sehingga 35 tahun.
  3. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://hi-edu.my/.
  2. Klik butang ‘Klik Disini Untuk Permohonan KPM.’
  3. Klik bahagian ‘Pengguna Baru.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Lengkapkan permohonan dan hantar.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej Profesional MARA, sila layari laman web https://hi-edu.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *