Permohonan Kemasukan Program Kelas Dek/Enjin ALAM 2022

Akademi Laut Malaysia (ALAM) telah membuka permohonan kemasukan bagi program kelas dek atau enjin di institusi terbabit bagi pengambilan Mei 2022.

ALAM ialah institusi maritim yang menawarkan pengajian meliputi kursus maritim yang lengkap.

Lepasan graduan institusi ALAM lazimnya akan menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal dagang.

Oleh itu, pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di ALAM bagi program dek atau enjin boleh membuat permohonan sebelum 22 April 2022.

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  • Kelasi dek – Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Program ‘Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) ‘ Program Dwi Sijil.
  • Kelasi enjin – Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Program ‘Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) ‘ Program Dwi Sijil.

Untuk makluman, SKM ialah sijil yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia kepada individu yang berkelayakan yang telah mencapai tahap/standard menerusi latihan seperti yang ditetapkan oleh JPK.

Penerima SKM diiktiraf oleh industri dan juga sektor kerajaan di Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir dan berkelayakan untuk meningkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Tempoh Kursus

Tempoh kursus yang bakal dilalui pemohon yang layak adalah selama 10 bulan.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mempunyai minima sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred lulus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Sejarah, dan 1 subjek lain atau SVM dengan SPM setara.
  2. Lelaki, bujang berumur antara 18 hingga 25 tahun.
  3. Pemohon mempunyai ketinggian minima 158cm dan berat minima 48kg (Body Mass Index (BMI): 18.5-24.9).
  4. Pemohon sihat dari segi mental dan fizikal seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia.
  5. Pemohon tidak buta warna (perlu mempunyai laporan dari panel kesihatan yang diperakui sahaja:
    – Calon kelasi dek: Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang alat bantuan pengelihatan (kanta sesentuh atau kaca mata).
    – Calon kelasi enjin: Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang alat bantuan pengelihatan (kanta sesentuh atau kaca mata) dengan alat bantuan penglihatan tidak melebihi 200.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dan menepati syarat kemasukan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSei9HYsi-YFEwMJPlJZ88eRFKPlc96OCwvj7t8GJIGV1XF6qA/viewform?fbclid=IwAR2_UuH0ryPYZpfGqQRbcJb39mI8ofEN3T7UsRwU_evKdTtvtZUajRV_8HY.
  2. Pemohon perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Next’ bagi setiap paparan.
  4. Hantar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke ALAM bagi program kelas dek atau enjin, sila layari laman web https://www.alam.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: