Kemasukan Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia

Permohonan kemasukan ke Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia bagi sesi 2023/2024 bagi kemasukan Januari 2023 telah dibuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat.

Akademi Perikanan Malaysia merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, bertempat di Chendering, Kuala Terengganu yang menawarkan pengajian peringkat sijil iaitu Program Sijil Perikanan.

Untuk makluman, program ini telah mendapat akreditasi penuh Malaysian Qualifications Agency (MQA) iaitu MQA/FA 7564.

Pelajar yang berjaya menghabiskan program ini akan dianugerahkan Sijil Perikanan (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.

Pemohonan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Oktober 2022.

Objektif Program

Objektif program ini diwujudkan adalah seperti berikut:

  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Kemudahan yang ditawarkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  • Asrama penginapan disediakan.
  • Yuran pengajian adalah percuma.
  • Makan minum ditanggung.
  • Elaun Bulanan pelajar (RM200/Bulan).
  • Fasiliti Sukan.
  • Bilik Kuliah Yang Selesa.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi ke program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon memiliki SPM@SVM.
  2. Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains.
  3. Pemohon berumur 18 sehingga 30 tahun.
  4. Pemohon belum berkahwin.

Cara Memohon

Cara memohon kemasukan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://epengambilan.dof.gov.my.
  2. Klik ‘Daftar Permohonan Baru.’
  3. Log masuk dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Buat permohonan sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia ini, sila hubungi En. Muhammad Akmal bin Ali di talian 017-9244348 atau 09-6172361.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: