UniKL: Permohonan Kemasukan ASASI & Diploma Sesi Julai 2023

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah membuka permohonan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti terbabit bagi peringkat ASASI dan Diploma Sesi Julai 2023.

UniKL adalah universiti terkemuka dalam teknologi kejuruteraan yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2002 dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

Universiti ini juga mempunyai 13 buah cawangan dengan menawarkan pelbagai program asas, diploma, sarjana dan pascasiswazah.

Sehingga kini, universiti ini telah berjaya melahirkan 37,210 graduan di seluruh negara.

Untuk permohonan kemasukan Julai 2023, pemohon boleh menggunakan kelayakan Peperiksaan Percubaan SPM 2022.

Senarai Cawangan

Senarai cawangan bagi universiti ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute 
  • Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute 
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute 
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology 
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology 
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology
  • Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak 
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology 
  • Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology
  • Universiti Kuala Lumpur Business School
  • Institute of Postgraduate Studies Universiti Kuala Lumpur City Campus 

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan mengikut cawangan boleh dirujuk melalui file di bawah:

Cara Memohon

Bagi yang berminat, pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.unikl.edu.my/apply/undergraduate-admission/.
  2. Klik butang ‘Apply.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Semak semua maklumat sebelum membuat penghantaran.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke universiti ini, sila layari laman web https://www.unikl.edu.my/apply/undergraduate-admission/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: