KPTM & UPTM: Permohonan Kemasukan Ambilan 2024

Bagi lepasan STPM, STAM, Diploma atau Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menawarkan peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pemohon yang berminat menyambung pengajian di universiti terbabit.

Berikut merupakan maklumat mengenai KPTM dan UPTM.

Mengenai KPTM & UPTM

KPTM pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.

Kini ianya sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional.

Universiti Poly-Tech Malaysia pula yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kuala Lumpur.

Terdapat pelbagai jurusan yang ditawarkan kepada pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk ambilan sesi 2024, pemohon boleh membuat permohonan dengan segara secara atas talian mulai 19 Februari 2024.

Kelebihan Yang Ditawarkan Universiti Poly-Tech Malaysia

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan penajaan yuran pengajian dan Elaun Sara Hidup untuk sepanjang tempoh pengajian serta wang pendahuluan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan kepada pemohon adalah seperti berikut:

i) KPTM

ii) UPTM

  • Bachelor of Accountancy (Honours)
  • Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management
  • Bachelor of Business Administration (Honours)
  • Bachelor of Corporate Administration (Honours)
  • Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies
  • Bachelor of Early Childhood Education Honours
  • Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Langguage
  • Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication
  • Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)
  • Bachelor of Information Technology (Hons) in Business Computing
  • Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development
  • Bachelor of Information Technology (Hons) in Cyber Security

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk kemasukan ke universiti ini adalah seperti berikut:

i) KPTM

  1. SPM:- Minimum 3 Kepujian SPM mana-mana subjek bagi semua program Diploma.
  2. Kecuali bagi Diploma in Nursing yang memerlukan 5 Kepujian bagi subjek berikut:
    – Bahasa Malaysia
    – Matematik/Matematik Tambahan
    – Salah satu kredit dalam matapelajaran berikut:
    a. Sains atau
    b. Biologi atau
    c. Kimia atau
    d. Fizik atau
    e. Applied Science
    – Kredit dalam mana-mana 2 mata pelajaran lain
    – Lulus Bahasa Inggeris   

ii) UPTM

  1. Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana mana 2 mata pelajaran.
  2. Lepasan STAM: Lulus dengan Gred minimum pangkat Jayyid.
  3. Lepasan Diploma: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  4. Lepasan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00.

Tatacara Permohonan Kemasukan Universiti Poly-Tech Malaysia

Tatacara permohonan kemasukan ke universiti ini boleh dirujuk menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://eadmission.kptm.edu.my/.
  2. Klik butang ‘New Application.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  4. Log masuk dan buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke KPTM dan UPTM, sila layari laman web https://www.kptm.edu.my/en/ atau https://www.uptm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: