Semakan Keputusan Temu Duga Guru DG41 2023

Individu yang telah memohon bagi jawatan guru DG41, semakan keputusan boleh dibuat mulai 3 November 2023.

Untuk makluman, semakan keputusan ini adalah kepada calon-calon daripada kalangan Graduan Pendidikan yang telah ditemu duga pada 19 Jun hingga 21 September 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun ini, seramai 9552 orang calon telah berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 untuk mengisi sebahagian daripada keperluan PPP di Gred DG41 sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.

Cara Membuat Semakan Keputusan Temu Duga Guru DG41

Semakan keputusan temu duga ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan semakan iaitu https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Keputusan temu duga dipaparkan.

Tindakan Seterusnya Calon

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 15 Disember 2023.

Adalah diingatkan, keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja.

Kegagalan calon mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan calon tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Jika terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat¬†[email protected].

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Penempatan Guru

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada calon-calon yang berjaya.

Calon-calon yang Berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan keputusan temu duga guru DG41, sila layari laman web https://www.spp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: