SGM 2.0: Pelaksanaan Standard Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu dokumen kepada para guru di Malaysia iaitu Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0.

SGM 2.0 ialah satu dokumen rujukan berkaitan kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai dan diamalkan serta diperlihatkan oleh guru-guru di Malaysia.

Ianya SGM2.0 dibangunkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru sebagai panduan tahap kompetensi dan etika guru Malaysia yang relevan dengan keperluan semasa pendidikan negara.

Dokumen ini juga selaras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), di bawah Anjakan Keempat Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.

Komponen Standard Guru Malaysia 2.0

SGM 2.0 terdiri dari dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Keguruan.

Dimensi Kompetensi menjelaskan kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan PdP dengan berkesan.

Terdapat empat Dimensi Kompetensi dalam SGM 2.0 iaitu:

  • Orientasi Ilmu
  • Kualiti Peribadi
  • Instruksional
  • Pelibatan Komuniti

Etika Keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh masyarakat.

Ianya merangkumi empat teras iaitu:

  • Tanggungjawab Terhadap Profesion
  • Tanggungjawab Terhadap Murid
  • Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
  • Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa/Penjaga

Kerangka SGM 2.0

Kerangka SGM 2.0 adalah seperti berikut:

Pengguna SGM 2.0

Pengguna dokumen ini adalah seperti berikut:

  1. Guru Pelatih: Diguna pakai sebagai panduan bagi mengenal pasti keperluan kompetensi dan etika dalam persediaan untuk melengkapkan diri sebelum memasuki profesion keguruan.
  2. Guru: Merupakan pedoman untuk menjadi guru yang profesional dan digunapakai untuk mengenal pasti kompetensi dan etika sedia ada, kompetensi dan etika yang boleh dibangunkan serta ruang penambahbaikan untuk merancang keperluan pembangunan profesionalisme guru.
  3. Pengetua dan Guru Besar: Diguna pakai untuk mengenal pasti kompetensi dan etika sedia ada guru di sekolah bagi merancang dan melaksanakan PBB agar guru sentiasa berkualiti tinggi ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
  4. Pembuat Dasar Pendidikan: Diguna pakai oleh pembuat dasar/keputusan bagi mengenal pasti keperluan latihan oleh institusi dan pembekal latihan untuk memastikan guru diberi peluang menjalani PBB yang bersesuaian mengikut laluan kerjaya dan tempoh perkhidmatan.
  5. Agensi Latihan Keguruan Awam dan Swasta: Boleh dijadikan rujukan untuk merancang dan menambah baik strategi pembangunan profesionalisme dan peningkatan profesion keguruan.
  6. Pembekal Latihan Dalam Perkhidmatan: Boleh dijadikan rujukan kepada pembekal latihan dalam perkhidmatan bagi menetapkan fokus perancangan dan pelaksanaan latihan bersesuaian dengan keperluan laluan kerjaya dan PPB guru sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sumber: https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/sgm-2

Artikel Berkaitan: Kajian Tindakan: Peningkatan Profesionalisme Guru Sekolah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: