Permohonan Khazanah Global Scholarship Programme 2024

Bagi pelajar di peringkat Sarjana dan PhD yang memerlukan pembiayaan biasiswa, salah satu biasiswa yang boleh dipohon adalah Khazanah Global Scholarship Programme 2024.

Berikut merupakan maklumat mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Khazanah Global Scholarship Programme

Khazanah Global Scholarship Programme adalah biasiswa yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran A-Level di Kolej Yayasan UEM (sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti yang diluluskan di luar negara) dan pengajian Pascasiswazah di universiti terkemuka terpilih sekitar dunia.

Di samping itu, penerima biasiswa ini juga turut melibatkan latihan kepimpinan dan padanan pekerjaan di organisasi terkemuka di Malaysia.

Tempoh biasiswa adalah untuk kursus pengajian penuh, seperti yang ditetapkan dalam tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

i) Seni & Kemanusiaan

  • Arkeologi
  • Seni Bina / Alam Bina
  • Seni reka
  • Klasik & Sejarah Purba
  • Bahasa & Kesusasteraan Inggeris
  • Sejarah
  • Linguistik
  • Bahasa moden
  • Seni persembahan
  • Falsafah
  • Teologi, Ketuhanan & Pengajian Agama

ii) Kejuruteraan & Teknologi

  • Sains Komputer
  • Kejuruteraan – Mekanikal
  • Kejuruteraan – Awam & Struktur
  • Kejuruteraan – Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan – Mekanikal, Aeronautik & Pembuatan

iii) Sains Kehidupan

  • Pertanian
  • Anatomi & Fisiologi
  • Sains Biologi
  • Farmasi & Farmakologi
  • Sains

iv) Sains Semula Jadi

  • Kimia
  • Sains Bumi & Marin
  • Sains Alam Sekitar
  • Geografi
  • Geofizik
  • Sains Bahan
  • Matematik
  • Fizik

v) Sains Sosial & Pengurusan

  • Perakaunan & Kewangan
  • Antropologi
  • Pengajian Perniagaan & Pengurusan
  • Komunikasi & Pengajian Media
  • Kajian Pembangunan
  • Ekonomi & Ekonometrik
  • Pendidikan
  • Pengurusan Hospitaliti & Riadah
  • Undang-undang
  • Pengurusan Perpustakaan & Maklumat
  • Politik
  • Dasar & Pentadbiran Sosial
  • Sosiologi
  • Mata Pelajaran Berkaitan Sukan
  • Statistik & Penyelidikan Operasi

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk biasiswa ini adalah mengikut peringkat pengajian:

i) Sarjana

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Second Class Upper Division (UK dan Universiti Australia) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
  2. Mendapat kemasukan di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan). Mereka yang telah memohon ke universiti tetapi masih belum menerima kemasukan juga layak memohon. Sekiranya tiada tawaran kemasukan dari universiti diterima semasa proses pemilihan, tawaran biasiswa akan menjadi terbatal dan tidak sah.
  3. Berumur tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Sarjana.
  4. Menyediakan outline penyelidikan/ ringkasan tesis (Penyelidikan atau mod campuran).

ii) PhD

  1. Mendapat kepujian atau purata gred ‘A’ atau setara (jika ada sistem mata) untuk Ijazah Sarjana.
  2. Mendapat tawaran kemasukan atau sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan)
  3. Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program PhD.
  4. Menyediakan outline penyelidikan/ringkasan tesis mengenai topik yang mereka ingin pelajari dalam program PhD.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan di https://apply.yayasankhazanah.com.my/Account/Login.

Permohonan boleh dibuat sehingga 21 Mac 2024 kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Khazanah Global Scholarship Programme 2024 boleh melayari laman web https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-global-scholarship-programme.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: