Kitar Semula: Bahan & Senarai Pusat Pengumpulan

Kitar semula merupakan proses memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Dalam erti yang lain, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama.

Contohnya, kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene yang terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. 

Tujuan utama kita digalakkan untuk mengitar semula bahan buangan adalah untuk mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Kepentingan Amalan Kitar Semula

Terdapat beberapa kepentingan amalan ini iaitu:

  • Mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
  • Lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain.
  • Memulihara hidupan liar dan ekosistem.

Bahan Boleh Kitar Semula

Terdapat bahan yang boleh dikitar semula seperti:

i) Kertas

Kertas meliputi semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

ii) Kaca

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.

Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima namun kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

iii) Plastik

Plastik meluputi beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

iv) Logam

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.

Senarai Lokasi Pusat Pengumpulan

Senarai lokasi pusat pengumpulan boleh dirujuk melalui pautan berikut:

Bacaan Lanjut

Untuk bacaan lanjut, sila layari pautan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitar-semula-mulakan-dengan-amalan-kecil-410999

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: