Info Sambutan Ambang Merdeka & Hari Kebangsaan 2023

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan Sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2023 dan 31 Ogos 2023.

Sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di setiap negeri mengikut tempat yang ditetapkan.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke kedua-dua acara ini yang dijalankan di setiap negeri dan di peringkat persekutuan.

Sambutan Ambang Merdeka 2023

Sambitan Ambang Merdeka di seluruh negara akan berlangsung mulai jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Untuk tahun 2023, sambutan ini ditetapkan di seluruh negara seperti berikut:

  • Wilayah Perekutuan: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Sarawak: Dewan Pehin Setia Raja, Mukah
  • Johor: Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang
  • Melaka: Dataran Sejarah, Ayer Keroh
  • Kelantan: Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu
  • Selangor: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  • Perlis: Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks DUN
  • Terengganu: Dataran Drawbridge Kuala Terengganu
  • Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru

Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan sempena Hari Kebangsaan 2023 peringkat kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.

Orang ramai akan disajikan pelbagai persembahan, perarakan dan perbarisan sempena sambutan hari tersebut.

Untuk hadir ke Dataran Putrajaya, orang ramai meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang disediakan.

Tempat letak kenderaan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • 27 lokasi tempat letak kereta awam di sepanjang core Island dl Presint 1, 2, 3 dan 4 – 4,000 petak
  • Pick Up Zon di Terminal Putrajaya Sentral
    – Bangunan Park 8 Ride Presint 7 – 1,300 petak
    – TLK Terbuka Lot 7MD6, Presint 7 – 290 petak
  • Pick Up Zon di Putrajaya International Convention Centre (PICC)
    – Basement Bangunan PICC, Presint 5 – 1,100 petak
    – TLK Terbuka di University Heriot Watt, Presint 5 – 300 petak
    – TLK Terbuka Taman Empangan, Presint 5 – 50 petak
  • Tempat Letak Kereta Kompleks El dan E2 Presint 1 (berhadapan Kompleks F) – 662 petak

Untuk ke tempat sambutan, perkhidmatan Shuttle Bus disediakan:

  • Pick Up Point di Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7
    Drop Off Point di Jalan Tun Razak, Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3
  • Pick Up Point di Putrajaya International Convention Centre (PICC)
    Drop Off Point di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

Sumber: http://merdeka360.my/web/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: