Pelaksanaan Minggu Pertama Persekolahan 2024/2025

Untuk pelaksanaan minggu pertama persekolahan 2024/2025, KPM memaklumkan bahawa tiada kelas akademik akan dijalankan.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai perkara ini dan pengisian yang bakal dijalankan bagi minggu pertama sesi persekolahan.

Tiada Kelas Akademik Minggu Pertama Persekolahan

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025.

Ini bermakna, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

“Perkara berkenaan akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum terbabit dikekalkan sepanjang tahun.”

“Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan.”

“Oleh itu, kebijaksanaan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini.”

Konsep Pembukaan Sekolah 2024/2025

Konsep pembukaan sekolah bagi 2024/2025 adalah untuk melahirkan:

  • 4,841,958 murid ceria
  • 415,484 guru bahagia
  • 10,228 sekolah bitara

Konsep Minggu Pertama Persekolahan

Konsep minggu pertama persekolahan akan melibatkan 6 perkara:

i) Melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dan latar sosial ekonomi

  • Aktiviti Integrasi Perpaduan
  • Aktiviti Persembahan Citra Budaya
  • Aktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)

ii) Pupuk Kerjasama dan Komunikasi Berkesan

  • Aktiviti Berkumpulan
  • Aktiviti Serlahkan Bakat/Potensi
  • Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif

iii) Pelibatan Murid, Guru, Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti

  • Aktiviti Bersama-sama keluarga
  • Aktiviti Keceriaan
  • Aktiviti Kemasyarakatan

iv) Ceria, Seronok, Terancang dan dalam Suasana Santai

  • Permainan
  • Riadah/ Senamrobik/Kecergasan
  • Sukaneka/Sukan

v) Nilai Pendidikan dan Informatif

  • Aktiviti Projek
  • Aktiviti Penyelesaiaan Masalah
  • Aktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah

vi) Sebahagian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

  • Aktiviti Minda dan Rekacipta
  • Aktiviti Pembelajaran Bertema
  • Aktiviti Pembelajaran Kendiri

Pelaksanaan Minggu Pertama Persekolahan 2024/2025

Berikut adalah pelaksanaan minggu pertama persekolahan 2024/2025:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: