SM Imtiyaz YT: Permohonan Ke Tingkatan 1 2024

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu bagi tahun 2024, permohonan kemasukan Tingkatan 1 SM Imtiyaz akan dibuka mulai 25 Oktober 2023.

Untuk makluman, Sekolah Menengah Imtiaz telah ditubuhkan pada tahun 1999 di Besut hasil cetusan idea Dato’ Seri  Idris Jusoh  yang pada masa itu Timbalan Menteri Pembangunan dengan mengabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).

Sekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan mula berkembang meliputi empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Yayasan Imtiyaz Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kemaman dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di seluruh Terengganu.

Selain menggabungkan alisan Sains dan Agama, sekolah ini juga program khas tahfiz Mandarin bermula pada tahun 2020 iaitu di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.

Pelajar atau ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan mulai 25 Oktober 2023 sehingga 25 November 2023.

Senarai Sekolah Menengah Imtiyaz

Senarai Sekolah Menengah Imtiyaz di seluruh Terengganu adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Besut
  2. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
  3. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  4. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  5. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
  6. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
  7. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  8. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Marang

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Sekolah Menengah Imtiyaz

  1. Pelajar Tahun 6 sesi 2023/2024, warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
    – lbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  2. Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan lmtiaz serta sesi temu duga.
  3. Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan. penguasaan benasa serta personaliti (kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  5. Bersetuju menerima Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.

ii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)

  1. Pelajar Tahun 6 sesi 2023/2024, warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
    – lbubapa telah bermastautin di T erengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai ntat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  2. Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina – keutamaan diberikan kepada calon danpada SJK(C).
  3. Boleh membaca dan minat menghafaz AI-Quran.
  4. Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujlan Kemasukan lmtlaz serta sesi temu duga.
  5. Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang Iulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Cina serta personaliti (Kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
  6. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, slnat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  7. Bersetuju menerima penempatan di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.
  8. Bersetuju mematuhl sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.

Kaedah Memohon

Setiap permohonan perlu dibuat melalui laman web https://imtiaz.yt.gov.my.

Permohonan perlulah dibuat di dalam tarikh permohonan yang ditetapkan..

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke tingkatan 1 SM Imtiyaz 2024, sila hubungi 09-6221800/09-6211920/09-6211928.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: