Login myPDPP: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM

Individu yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) perlu membuat permohonan melalui sistem myPDPP.

myPdPP merupakan sistem yang dibangunkan bagi membolehkan permohonan PDPP dilaksanakan secara atas talian.

PDPP adalah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.

Bagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Syarat Asas

Untuk melanjutkan pengajian ke program diploma ini, pemohon perlu memenuhi syarat asas yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Umur pemohon tidak melebihi 35 tahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) KPM yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat):
    – http://www2.mqa.gov.my/mqr/
    – http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
  2. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.
  3. Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).
  4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Cara Login

Untuk login sistem ini dan membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mypdpp.moe.gov.my/.
  2. Klik ikon ‘Daftar Permohonan Baharu.’
  3. Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
  4. Login ke dalam sistem tersebut.
  5. Buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai myPDPP, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipgm/permohonan-kemasukan-dan-senarai-program-yang-ditawarkan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: