Permohonan Pelajar Fast Track SPM 2024/2025 Melaka

Jabatan Agama Islam Melaka akan melaksanakan program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Tahfiz Bistari Tahun 2024.

Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar Tahfiz yang terpilih daripada sekolah/madrasah tahfiz swasta yang berdaftar dalam atau luar negeri Melaka.

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara membuat permohonan.

Keistimewaan Pelajar Fast Track SPM Melaka

Terdapat beberapa keistimewaan yang ditawarkan bagi pelajar yang terpilih dalam program ini iaitu:

  • Pendaftaran SPM diuruskan.
  • Mempunyai guru pakar SPM.
  • Pengajian kelas percuma.
  • Modul SPM dan bahan bacaan disediakan.
  • Buku aktiviti dan bahan bantu mengajar disediakan.
  • Makan 5 kali sehari.
  • Bayaran makanan asrama RM1/hari (B40 dan asnaf).
  • Bayaran makanan RM3/hari (pendapatan ibu bapa RM5000 dan ke atas).
  • Kemudahan dobi disediakan.
  • Pakaian kelas kemas, sopan, dan patuh syariah.

Jumlah Mata Pelajaran

Modul program ini melibatkan 8 mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua murid lepasan pengajian Tahfiz dan pondok dalam dan luar negeri Melaka.
  2. Umur 17 tahun ke atas dan lelaki sahaja.
  3. Tarikh tutup permohonan 1 Mac 2024.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1wlkMqESeXNC9ZUnzDw0lx48ToIfhuhx1/view?fbclid=IwAR0wpsf_zP0J9dJKxBWMGhccAZKHA7E-8ZP_rUhnwGIfP_xOSmxBoaZqGBU.

Borang permohonan hendaklah dihantar melalui (serahan tangan atau pos) sebelum tarikh tutup permohonan pada 1 Mac 2024 kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka di alamat berikut:

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Pendidikan,
Jabatan Agama Islam Melaka,
Lot 43-45, Jalan KPAA 2 Kompleks Perniagaan Al-Azim,
75450 Bukit Palah,
Melaka.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pengurusan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Pendidikan JAIM di talian 06-2882034.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: