SSeM: Semakan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2024/2025

Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi ambilan Mac 2024/2025 boleh membuat semakan keputusan.

Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara membuat semakan.

Mengenai Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia ialah sekolah yang ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Konsep sekolah ini ditubuhkan adalah mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi pembelajaran kesenian dan juga akademik.

Objektif Penubuhan Sekolah Seni Malaysia

Objektif penubuhan sekolah ini adalah:

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

Syarat Kemasukan

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kemasukan:

  1. Lulus Uji Bakat.
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Cara Membuat Semakan Keputusan

Semakan keputusan kemasukan boleh dibuat mulai 26 Februari 2024.

Untuk semakan keputusan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal permohonan https://essem.moe.gov.my/.
  2. Klik perkataan ‘Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia (Klik Disini).’
  3. Isi nombor kad pengenalan.
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan kemasukan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sekolah Seni Malaysia, sila layari pautan https://essem.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: