STPM 2024: Pendaftaran Calon Sekolah Swasta & Persendirian

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka pelajar yang ingin menduduki semula peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Berikut merupakan maklumat mengenai STPM dan cara untuk mendaftar.
Mengenai STPM
STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dijalankan oleh MPM.
Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat, Ireland dan Australia.
Tarikh Pendaftaran STPM 2024
Bagi mereka yang ingin mendaftar, pendaftaran STPM 2024 dibuka mulai 8 Januari 2024 sehingga 22 Januari 2024.
Kurikulum Peperiksaan STPM
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Cara Mendaftar STPM 2024
Untuk membuat pendaftaran bagi peperiksaan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://online.mpm.edu.my/.
- Klik bahagian ‘Sistem Pendaftaran Dalam Talian Bagi Pelajar STPM & MUET.’
- Klik ‘Sekolah/Institusi’ atau ‘Calon Persendirian STPM.’
- Lengkapkan pendaftaran sehingga selesai.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pendaftaran STPM 2024, sila layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.