Penggabungan Kursus & Ujian Memandu Kereta & Motosikal

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan ketetapan dasar baharu mengenai bahagian pembelajaran atau Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) iaitu penggabungan kursus dan ujian memandu kereta dan motosikal.

Selepas ini, mana-mana individu yang pada masa ini telah mempunyai sama ada LMM kelas motosikal atau kereta, dan berhasrat mendapatkan LMM dalam kelas yang berbeza (motosikal atau kereta) adalah dikecualikan daripada menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.

Dasar baharu ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia bagi mendapatkan LMM kelas Motosikal atau Kereta tanpa menjejaskan tahap kekompetenan pemandu.

Pelaksanaan tersebut adalah berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan LMM yang sah.

Mengenai Penggabungan Kursus & Ujian Memandu

Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.

Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila mengambil LMM motosikal dan LMM kereta.

Individu tersebut hanya perlu memperbaharui semula Lesen Belajar Memandu (LDL) dan seterusnya mendaftar di Institut Memandu untuk melengkapi latihan dan ujian di peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kelas kenderaan berkaitan.

Dasar Lama & Baru

Dasar lama sebelum ini adalah seperti berikut:

Mengambil LMM Kali Pertama (Motosikal)Sudah Mempunyai LMM Motosikal dan Hendak Mengambil LMM KeretaMengambil LMM Kali Pertama (Kereta)Sudah Mempunyai LMM Kereta dan Hendak Mengambil LMM Motosikal
KPP01WajibWajibWajibWajib
KPP02WajibWajibWajibWajib
KPP03WajibWajibWajibWajib

Manakala, dasar penggabungan yang diperkenalkan ini adalah seperti berikut:

Mengambil LMM Kali Pertama (Motosikal)Sudah Mempunyai LMM Motosikal dan Hendak Mengambil LMM KeretaMengambil LMM Kali Pertama (Kereta)Sudah Mempunyai LMM Kereta dan Hendak Mengambil LMM Motosikal
KPP01WajibTidak PerluWajibTidak Perlu
KPP02WajibWajibWajibWajib
KPP03WajibWajibWajibWajib

*Definisi Ujian dan Latihan:

  • KPP01- Teori
  • KPP02- Praktikal di Litar
  • KPP03- Praktikal di Jalan Raya

Tarikh Kuat Kuasa

Dasar baharu ini akan mula berkuat kuasa kepada orang ramai mulai 15 September 2023.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk melayakkan mendapatkan lesen menerusi dasar baharu ini adalah seperti berikut:

  1. Syarat kelayakan umur bagi motosikal adalah kekal pada 16 tahun dan ke atas manakala bagi kereta adalah 17 tahun.
  2. Individu perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penggabungan kursus dan ujian memandu motosikal dan kereta ini, sila layari laman web Kementerian Pengangkutan iaitu https://www.mot.gov.my/my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: