Permohonan MySTEP: Peluang Pekerjaan Graduan Jangka Masa Pendek

Para graduan yang berhasrat untuk mendapat peluang pekerjaan dalam jangka masa pendek, mereka boleh membuat permohonan menerusi Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) menerusi inisiatif JaminKerja.

MySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan serta 30,000 peluang pekerjaan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2022. 

Pada tahun 2021, MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.

Oleh kerana itu, program ini diteruskan pada tahun 2022 untuk memulihkan kehidupan dan mata pencarian rakyat yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tempoh Perkhidmatan

Tempoh perkhidmatan bagi mereka yang menyertai MySTEP adalah seperti berikut:

  • Minimum 1 bulan dan maksimum 12 bulan; dan
  • Tempoh kuat kuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023.

Kadar Gaji

Kadar gaji yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Gaji Sektor Awam Kadar Gaji GLC/Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum*
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atasRM2,000RM2,000
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran MalaysiaRM1,800RM1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)RM1,600RM1,600
Tiada Sijil Pelajaran MalaysiaRM1,400

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas.
  3. Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (bagi sektor awam).
  4. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (bagi GLC dan rakan strategik).
  5. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian/GLC/rakan strategik masing-masing.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://mystep.mof.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik CV.
  5. Tandakan pada kotak setuju terma dan syarat.
  6. Klik pada kotak ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MySTEP, sila layari laman web https://mystep.mof.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: