PSEE: Tips Menjawab Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) merupakan ujian saringan yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kepada calon yang memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Ini bermakna, calon yang ingin mendapatkan jawatan dalam dalam Perkhidmatan Awam perlu melepasi Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam ini terlebih dahulu sebelum melayakkan mereka untuk penilaian seterusnya.

Mereka yang berjaya untuk dinilai dalam penilaian ini adalah mereka yang memenuhi syarat akademik dan kriteria permohonan bagi jawatan yang dipohon.

Mengenai Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam

PSEE merupakan ujian piawai yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bagi menilai kebolehan dan keupayaan calon untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Penilaian ini merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada calon yang telah membuat permohonan.

Soalan yang akan diberikan terdiri daripada:

  • Pengetahuan Am
  • Daya Menyelesaikan Masalah
  • Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Ujian Psikometrik

Contoh Soalan

Contoh soalan yang mungkin ditanya dalam penilaian ini adalah seperti berikut:

Semakan Keputusan

Semakan keputusan boleh dilakukan seawal 7 hari tempoh bekerja selepas tarikh peperiksaan dijalankan.

Namun, tarikh semakan keputusan peperiksaan sebenar hanya boleh disemak selepas pengemuman yang dibuat oleh pihak SPA.

Semakan keputusan boleh dibuat dengan melayari pautan https://spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/senarai-keputusan-peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-kecergasan

Tips Menjawab Soalan

Terdapat beberapa tips untuk menjawab soalan yang diberikan bagi memastikan calon dapat melepasi penilaian ini iaitu:

  1. Pastikan rangkaian internet stabil dan tidak terputus-putus.
  2. Bersedia lebih awal untuk masuk ke pautan yang disediakan.
  3. Ketahui format soalan seperti yang diberitahu.
  4. Buat latihan menggunakan contoh soalan di internet atau buku.
  5. Buat latihan semaksima mungkin. 
  6. Urus masa menjawab dengan baik agar setiap soalan dijawab.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: