Kolej Profesional MARA sedang membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tersebut bagi kemasukan sesi 2 untuk sesi 2023/2024.
Untuk makluman, Kolej Profesional MARA merupakan institusi pendidikan yang menawarkan program-program diploma dan sijil.
Kurikulum di kolej ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.
Untuk pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan kemasukan secara atas talian mulai 3 April 2023.
Lokasi Kolej Profesional MARA
Sehingga kini, terdapat 6 institusi pendidikan ini di seluruh negara iaitu:
- Kolej_Profesional MARA Beranang
- Kolej_Profesional MARA Ayer Molek
- Kolej_Profesional MARA Indera Mahkota
- Kolej_Profesional MARA Seri Iskandar
- Kolej_Profesional MARA Bandar Penawar
- Kolej_Profesional MARA Bandar Melaka
Program Yang Ditawarkan
Program yang ditawarkan di kolej ini adalah seperti berikut:
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEN)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMK)
- Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
- Diploma in Computer Science (DCS)
- Diploma in English Communication (DEC)
- Diploma in Halal Industry (DHI)
- Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
- Certified Accounting Technician (CAT)
- Intensive English Programme (IEP)
Syarat Kelayakan
3 syarat kelayakan yang dikenakan kepada pemohon yang ingin memasuki kolej ini iaitu:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
- Berumur 18 sehingga 35 tahun.
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Cara Memohon Kolej Profesional MARA 2023
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://hi-edu.my/.
- Klik butang ‘Klik Disini Untuk Permohonan KPM.’
- Klik bahagian ‘Pengguna Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej Profesional MARA, sila layari laman web https://hi-edu.my/.