Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Islam Kedah 2025

Yayasan Islam Negeri Kedah mempelawa calon yang berkelayakan bagi memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pelajaran.
Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) di Universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat bagi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) mengikut syarat kelayakkan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pinjaman pendidikan ini.
Mengenai Yayasan Islam Negeri Kedah
Yayasan Islam Negeri Kedah bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965.
Oleh kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran Agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16 November 1975 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK.
Antara tujuan asal penubuhan yayasan ini adalah seperti berikut:
- Memberi dan atau mengatur supaya badan-badan lain memberi biasiswa, pinjaman atau bantuan-bantuan lain dalam bentuk kewangan atau pelajaran kepada penuntut Islam di negeri ini.
- Untuk memperbaiki dan menambahkan lagi kemajuan-kemajuan pelajaran kepada penuntut yang beragama Islam.
- Mengadakan dan menambahkan lagi kepada penuntut berugama Islam segala kemudahan pelajaran di dalam dan luar negeri Kedah.
- Memberi dan atau menguruskan pembayaran oleh lain-lain badan, biasiswa, pinjaman untuk pelajaran rendah, menengah dan tinggi.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka ialah 25 Julai 2025 (Jumaat) sehingga 25 Ogos 2025 (Isnin).
Syarat Am Permohonan
Syarat am permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohonan terbuka kepada individu beragama Islam.
- Terbuka kepada anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman.
- Pemohon / ibu bapa yang dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman atau;
– Telah bermastautin / menetap di Negeri Kedah melebihi 5 tahun, hendaklah mengemukakan surat pengesahan pemastautin daripada Pegawai Daerah / Penghulu Mukim bersama pengesahan Imam Kariah.
– Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian & telah membuat pengesahan pendaftaran pengajian. - Pemohon tidak menerima sebarang pinjaman atau tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan mestilah tidak kurang dari 1 tahun.
- Pemohon tidak boleh melebihi 30 tahun pada tarikh memohon pinjaman.
- Pemohon perlu mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi di Mesir / Jordan / UniSHAMS.
- Pemohon perlu membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) setelah menerima tawaran rasmi pinjaman pendidikan YINK bagi urusan bayaran pinjaman.
- Pihak Yayasan Islam Negeri Kedah Kedah berhak menolak permohonan pelajar jika maklumat dan dokumen yang disertakan tidak lengkap.
Bidang Pengajian & Syarat Kelayakan
Bidang pengajian dan syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian | Bidang | Jumlah Pinjaman Yang Dikeluarkan (Setahun) | Syarat Kelayakan |
IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI DI MESIR | Sains Kesihatan (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) | RM50,000.00 | – Pelajar Tahun 1 yang sedang dalam pengajian layak memohon. – Lulus dengan kepujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris atau; – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi dalam DUA (2) mata pelajaran dari subjek Biologi, Kimia, Fizik, atau Matematik. – Lulus Peperiksaan Semasa bagi pelajar Tahun 2 dan ke atas. |
IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS) | Perubatan, Pergigian, dan Farmasi | RM50,000.00 | – Pelajar Tahun 1 yang sedang dalam pengajian layak memohon. – Lulus dengan kepujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris atau; – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi dalam DUA (2) mata pelajaran dari subjek Biologi, Kimia, Fizik, atau Matematik. – Lulus Peperiksaan Semasa bagi pelajar Tahun 2 dan ke atas. |
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI MESIR | Pengajian Islam | RM8,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon – Pelajar yang masih di Markaz Bahasa tidak layak memohon. – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam semua mata pelajaran berikut: Bahasa Malaysia, Bahasa Arab/Tinggi, Komunikasi, Pendidikan Al Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah – Lulus peperiksaan semasa tahun 2 dan ke atas. |
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI JORDAN | Pengajian Islam/Syariah & Undang-Undang | RM15,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon. – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam semua mata pelajaran berikut: Bahasa Malaysia, Bahasa Arab /Tinggi/ Komunikasi, Pendidikan Al Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah – Lulus peperiksaan semasa tahun 2 dan ke atas. |
DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS) | Perakaunan | RM15,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran berikut: Mathematic/Additioal Mathematics -Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 pada peringkat Matrikulasi/Asasi. |
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://spmbnet.com/yinkpinjamanonline/.
Kemudian, borang permohonan yang lengkap diisi perlulah dihantar ke:
Bahagian Pendidikan
Yayasan Islam Negeri Kedah No 56A,
Jalan Teluk Wanjah,
05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah ditalian 04-7302709 (Bahagian Pendidikan YINK).
Baca juga: BSP KBS: Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2025