Permohonan Pinjaman Peringkat Diploma Yayasan Kelantan Darulnaim

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan pinjaman peringkat Diploma kepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), UNISZA, dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Untuk makluman, YAKIN adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1981 yang menawarkan pinjaman pelajaran kepada anak negeri Kelantan.
Pinjaman pelajaran peringkat Diploma adalah salah satu pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada anak Kelantan yang layak.
Permohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 25 Julai 2022 sehingga 1 September 2022.
Tempat Pengajian
Pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPT berikut layak untuk memohon:
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UNISZA
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
- Mendapat tawaran kemasukan daripada universiti/institusi tempatan.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah berikut:
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web http://www.espmb.com/yakin/.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat berikut:
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah Mati
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7483213/7446127
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Pinjaman Peringkat Diploma YAKIN, sila layari laman web https://yakin.kelantan.gov.my/.