PJJ UPM: Permohonan Program Pendidikan Jarak Jauh UPM
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tawaran kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UPM.
PJJ UPM memberi peluang kepada setiap individu untuk mengikuti program pengajian ke peringkat pra-siswazah dan pasca-siswazah.
Program ini menekankan kaedah pembelajaran kendiri dan pembelajaran seperti ini adalah lebih fleksibel bagi mereka yang bekerja untuk melanjutkan pengajian.
Permohonan untuk kemasukan dibuka sepanjang masa dan sila buat permohonan sekarang bagi kemasukan sesi September 2023.
Keistimewaan PJJ UPM
Terdapat 3 keistimewaan utama pelajar melanjutkan pengajian secara PJJ di UPM iaitu:
- UPM menawarkan pendidikan berkualiti dan diiktiraf.
- Kuliah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
- Fleksibel dan kebolehcapaian pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.
Program Pengajian PJJ UPM
Program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i) Program Master
- Master Pembangunan Sumber Manusia
- Master Pendidikan Bahasa Melayu
- Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan
- Master Komunikasi Korporat
ii) Program Bacelor
- Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian
- Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
- Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
- Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
- Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
- Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
iii) Program Diploma
- Diploma Pembangunan Manusia
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan untuk ke program ini adalah seperti berikut:
- Program Master:
– Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.75
– Untuk Mater Komunikasi Korporat: Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.5 dan pengalaman 1 tahun kerjaya. - Program Bacelor:
– Lulus STPM/Diploma/Matrikulasi dengan minima PNGK 2.00 dan MUET minima band 2. - Program Diploma:
– Lulus SPM dengan 5 kredit termasuk Bahasa Melayu.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:
- Layari laman web https://upmholdings.com.my/pjjupm/.
- Klik butang “Mohon Sekarang.”
- Klik pada bahagian “Pengguna Baru? Daftar Sekarang.”
- Klik butang “Register” untuk mendaftar.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat permohonan dan hantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai PJJ UPM, sila layari laman web https://upmholdings.com.my/pjjupm/.