Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah UKM Pelbagai Bidang 2022

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan-jawatan sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Untuk makluman, UKM adalah antara universiti awam terkemuka di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1970 dengan kampus pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kemudiannya, kampus tersebut dipindahkan ke Bangi sebagai kampus utama pada tahun 1977 sehingga kini dan mempunyai 2 kampus kesihatan iaitu kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dan Pusat Perubatan UKM di Cheras.

Oleh itu, inidividu yang berminat untuk memohon jawatan kosong pensyarah UKM, permohonan boleh dibuat sebelum 20 Jun 2022 iaitu pada hari Isnin.

Kategori Penysarah

Kategori pensyarah yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pensyarah Farmasi DUF51
  2. Pensyarah Perubatan DU51
  3. Pensyarah Universiti DS51
  4. Pensyarah Pergigian DUG51

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan bagi jawatan pensyarah ini adalah:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi individu yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

i) Pensyarah Farmasi DUF51

  1. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia; dan
  2. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:
    – Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Farmasi DUF51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D.
    – Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan
    – Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.
  3. Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D atau Sarjana Kepakaran.

ii) Pensyarah Perubatan DU51

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan
  4. Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan; dan
  5. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:
    – Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit atau tiga (3) case report dalam jurnal diindeks oleh Scopus/ISI sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Perubatan DU51 (semasa berkhidmat sebagai Pensyarah Pelatih atau pengajian di peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran); dan
    – Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan
    – Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.

iii) Pensyarah Universiti DS51

  1. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  2. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:
    – Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51 (semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D; dan
    – Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan
    – Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan; dan
    – Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian.
  3. Pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web Universiti Kebangsaan Malaysia https://www.ukm.my.
  2. Klik pada pautan ‘Kerjaya@UKM (Careers@UKM)’ bagi membuat permohonan secara atas talian.
  3. Klik butang ‘Mohon Jawatan Akademik.’
  4. Klik pautan ‘Daftar’ pada bahagian Tetamu UKM.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  6. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  7. Ikuti arahan dan buat permohonan.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai jawatan kosong pensyarah UKM, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
Email: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: