PRO-P MARA: Program Pembangunan Professional 2023

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran bagi pemohon yang ingin menyambung pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara menerusi Professional Development Programme (PRO-P) atau Program Pembangunan Professional 2023.

PRO-P merupakan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada graduan cemerlang dalam bidang profesional yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara untuk menyambung pengajian di IPT dalam mahupun luar negara.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Oktober 2023 sehingga 6 November 2023 secara atas talian.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

  • ACCA Foundation in Accountancy (AFIA) (Persediaan/Foundation/Sijil)
  • Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
  • Anaesthesiology
  • Clinical Oncology
  • Emergency Medicine
  • Family Medicine
  • Forensic Medicine
  • General Surgery
  • Internal Medicine
  • Neuro Surgery
  • Nuclear Medicine
  • Obstetrics & Gynaecology
  • Ophthalmology
  • Orthopaedic Surgery
  • Otorhinolaryngology
  • Paediatric
  • Paediatric Surgery
  • Pathology
  • Plastic Surgery
  • Psychiatry
  • Public Health
  • Radiology
  • Rehabilitation Medicine
  • Oral Surgery
  • Orthodontic
  • Periodontology
  • Paediatric Dentistry
  • Restorative Dentistry
  • Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic
  • Dentistry
  • Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Bumiputera
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023:
    – Tidak melebihi 40 tahun (pengajian dalam negara)
    – Tidak melebihi 35 tahun (pengajian luar negara)
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.

Syarat Program

Pemohon juga perlu memenuhi syarat program yang ditetapkan iaitu:

  • Pemohon yang sedang atau akan mengikuti pengajian pada tahun 2022.
  • Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer Letter) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institut Pengajian dalam negara dan luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Profesional.
  • Pemohon yang pernah mendapat pinjaman MARA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah tidak layak memohon.
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak MARA:

i) ACCA Foundation in Accountancy (AFIA): KUPTM Kuala Lumpur

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred A bagi 4 mata pelajaran termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris; atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

ii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA): KUPTM Kuala Lumpur

  1. Lulus ACCA-CAT atau ACCA Foundation in Accounting; atau
  2. Lulus Matrikulasi dengan CGPA 2.50, termasuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
  3. Lulus Diploma/Ijazah Sarjana Muda daripada institusi dalam atau luar negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Badan Profesional.

iii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA): ALP Platinum

  1. Lulus ACCA-CAT atau ACCA Foundation in Accounting; atau
  2. Memiliki Diploma/Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf dengan memperolehi sekurangkurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  3. Mendapat pengecualian dengan hanya 4 subjek (Ijazah Sarjana Muda) dan 10 subjek (Diploma) sahaja yang perlu diambil; (tertakluk kepada kelulusan Badan-badan Profesional).
  4. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Dalam dan Luar Negara yang bertaraf ‘ALP Platinum’.
  5. Calon yang mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja diutamakan.

iv) Certified Public Accountant (CPA)

  1. Berumur 25 tahun ke bawah (ditetapkan oleh badan profesional),
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh MICPA atau CAANZ dengan mendapat minimum CGPA seperti berikut:
    – CGPA 3.00 dari 4.00; atau
    – CGPA 4.00 daripada 9.00 (New Zealand); atau
    – CGPA 5.00 daripada 7.00 (Australia)

v) Institute of Chartered Accountants (ICAEW)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

vi) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Perniagaan/Pentadbiran Kewangan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  2. Mendapat pengecualian 11 subjek sekiranya memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan.
  3. Perlu mengambil 3 subjek sahaja.

vii) Chatered Financial Analyst (CFA)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya, keutamaan dalam bidang kewangan dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.

viii) Certified Shariah Advisor (CSA)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.

ix) Certified Shariah Pratitioner (CSP)

  1. Memiliki kelayakan professional dalam bidang Islamic Finance; dan dua tahun pengalaman kerja dalam bidang Islamic Finance dan lain-ain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.

x) Pakar Perubatan

  1. Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara dan pendaftaran yang diiktiraf dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  2. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya dua 2 tahun selepas Ijazah Perubatan asas; atau
  3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang berkaitan.

xi) Pakar Pergigian

  1. Mempunyai Ijazah Pergigian/Ijazah Sarjana Sains daripada universiti dalam atau luar negara atau setaraf yang diperakui.
  2. Mempunyai Sijil Pendaftaran Pengamalan dari Majlis Pergigian Malaysia atau pengamalan yang diiktiraf.
  3. Telah menjadi pengamal pergigian sekurang-kurangnya 2 tahun selepas Ijazah Sarjana Muda; atau
  4. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang berkaitan.

xii) Lain-lain syarat

  1. Bagi pengajian ke luar negara perlu memperolehi markah 6.5 International English Language System (IELTS), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan minima markah 90 atau yang setaraf dengannya.

Cara Memohon Pro-P 2023

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai PRO-P 2023, sila berhubung dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran di talian 03-2613 2103/2054/2075 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: