STEP 2024: Pinjaman Pelajaran Lepasan STPM/STAM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama
bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih
di dalam negara mengikut bidang tertentu menerusi STPM/STAM Excellence Programme (STEP).

Berikut adalah info mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai STEP 2024

STEP adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM dan STAM yang telah memulakan atau sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa IPT terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu

Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan bagi pinjaman pelajaran ini dibuka 20 Mac 2024 sehingga 1 April 2024.

Tempoh Pinjaman STEP

Tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  4. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
    – Yuran & Elaun-elaun lain: RM12,000 dan ke bawah (pendapatan bulanan) dan RM150,000 dan ke bawah (pendapatan bercukai tahunan)
    – Yuran sahaja: RM12,001 hingga RM20,000 (pendapatan bulanan) dan RM150,001 hingga RM250,000 (pendapatan bercukai tahunan).
  5. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  6. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis
  7. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  8. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian.
  9. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  10. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka kepada pelajar baharu atau pelajar sedia ada di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Government Link University (GLU) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) laluan alternatif.
  2. Permohonan di IPTA laluan perdana dibuka kepada pelajar sedia ada sahaja. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
  3. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
    i) Pelajar Baharu
    – STPM (calon peperiksaan tahun 2020 – 2022): Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00.
    – STAM (calon peperiksaan tahun 2020 – 2022): Mendapat sekurang-kurangnya kelulusan Jayyid (Baik).
    – Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat tidak termasuk semester terkini/semasa.
    ii) Pelajar Sedia Ada
    – Bidang selain perubatan dan pergigian: Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu/terkini.
    – Bidang perubatan dan pergigian: Memperolehi keputusan lulus bagi semester terdahulu/terkini.
    – Sedang mengikuti pengajian serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat tidak termasuk semester terkini/semasa.
    iii) Syarat Akademik Lain
    – SPM: Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek Sejarah.
    – Syarat-syarat lain yang telah ditetapkan.
  4. Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPT tidak termasuk yang sedang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab.
  5. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT tidak termasuk program pengajian secara separuh masa, jarak jauh dan dalam talian.
  6. Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian, farmasi lain mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan.
  7. Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan BadanBadan Profesional yang berkaitan seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.
  8. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) sahaja di https://educationloan.mara.gov.my bermula 20 Mac 2024 (Rabu) sehingga 01 April 2024 (Isnin), 11.59 malam.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai STEP 2024 boleh dibuat melalui email dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: