Para tahfiz yang ingin menceburi bidang TVET, permohonan Program TVET Tahfiz di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih dibuka.
Program TVET Tahfiz ialah program kemahiran yang ditawarkan kepada para hufaz di institusi di bawah MARA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM).
Program ini diwujudkan untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian.
Bagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sehingga 30 April 2022 melalui atas talian.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian yang ditetapkan adalah selama 3 tahun 3 bulan iaitu:
- 3 bulan: Program bridging (dikeualikan untuk program KKTM Ledang)
- 3 tahun: Program perdana dan tahfiz
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:
Bidang Pengajian | Tempat |
Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara | IKM Besut |
Diploma Kompetensi Kimpalan | IKM Lumut |
Diploma Teknologi Automotif Komersial | IKM Jasin |
Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) | KKTM Ledang |
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
- Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
- Pemohon sihat tubuh badan.
- Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.
Bagi KKTM Ledang, syarat khusus kemasukan dikenakan iaitu merujuk kepada syarat kemasukan Diploma Kejuruteraan sedia ada.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://bit.ly/tvettahfiz.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
- Klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
- Email surat pengesahan bilangan Juzu’ Hafazan dari Maahad Tahfiz/MRSM Ulul Albab anda ke alamat email [email protected] atau melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-9498063.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai program Program TVET Tahfiz, sila hubungi:
- IKM Besut: 016-4306825 (Ustaz Norhesham)
- IKM Lumut: 010-3191908 (Ustaz Azmil)
- IKM Jasin: 011-27122982 (Ustaz Zainuddin)
- KKTM Ledang: 013-6650388 (Ustaz Farizan)