Program Saringan Awal ANIS: Saringan Percuma Kanak-Kanak

Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah menawarkan Program Saringan Awal bagi kanak-kanak di Negeri Selangor yang tidak pernah melalui sebarang saringan/rujukan dari doktor pakar.

Untuk pengetahuan, ANIS ialah inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor menerusi pemberdayaan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik yang lebih mampan.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan melalui ANIS ialah Program Saringan Awal bagi kanak-kanak yang tidak pernah melalui saringan/rujukan dari doktor pakar di mana-mana fasiliti kesihatan.

Matlamat Utama

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak mereka.

Setelah saringan dijalankan, rumusan laporan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang seperti ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’, dan doktor pakar akan diberikan kepada ibu bapa bagi merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya dan tindakan selanjutnya.

Kos Percuma

Saringan awal ini tidak akan dikenakan apa-apa kos dan ia adalah percuma bagi kanak-kanak yang layak.

Cara Untuk Memohon

Ibu bapa boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/daftarsaringan.
  2. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Find.’
  3. Jika tiada rekod, klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Teruskan Pendaftaran.’
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan sehingga selesai.
  5. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  6. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  7. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

    Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
    Tingkat G Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Program Saringan Awal ini, sila layari laman web https://www.anisselangor.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: