BAP 2024: Bantuan Awal Persekolahan RM150 Seorang
Bagi meringankan beban ibu bapa untuk mempersiapkan anak mereka bagi sesi persekolahan pada tahun hadapan, kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024.
Ibu bapa akan menerima bantuan tersebut yang akan disalurkan pada Januari 2024.
Tujuan bantuan tersebut diberikan lebih awal adalah bagi membolehkan mereka mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah untuk sesi akan datang.
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk bantuan ini dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.
Mengenai Bantuan Awal Persekolahan
BAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bermatlamatkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Untuk tahun 2024, jumlah bantuan ini yang akan diberikan adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di:
– Sekolah Kerajaan (SK)
– Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
– Sekolah Agama
– Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
– Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
– Sekolah Integriti
– Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran
Peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah kemudiannya akan membuat agihan tunai kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Tarikh Pembayaran
Peruntukan akan mula disalurkan ke akaun sekolah pada Januari 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap#:~:text=Bantuan%20ini%20diberikan%20kepada%20murid,RM3%2C000.00%20dan%20ke%20bawah