Proton S70: Spesifikasi & Harga Ditawarkan

Proton Holdings Bhd secara rasmi melancarkan Proton S70 iaitu sebuah model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.

Pelancaran model ini mencatatkan bab baru bagi Proton kerana kembali ke pasaran sedan keluarga.

Antara model sedan keluarga yang pernah dikeluarkan Proton adalah Proton Wira, Waja, dan Preve.

Ini juga merupakan model keempat yang dibangun bersama Geely selepas Proton X70, Proton X50 dan juga Proton X90.

Tagline untuk model kereta ini adalah “Intelligence that Evolves.”

Spesifikasi Proton S70

Model ini menggunakan spesifikasi asas daripada Geely Emgrand, dengan ukuran dimensi sepanjang 4,638 mm, lebar 1,822 mm, lebar 1,460 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.

Model ini juga bakal dilengkapi dengan enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, menghamburkan kuasa setinggi 177 PS dan 255 Nm pada model X70.

Untuk interior dalaman pula, ianya dilengkapi dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.

Ini termasuklah dalaman kabin yang nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta.

Model Ditawarkan

Menurut sumber, sebanyak 3 model yang akan dibuka untuk tempahan iaitu Premium, Flagship and Flagship X.

Pihak Proton akan mengeluarkan kenyataan mengenai model yang akan dikeluarkan.

Harga Kereta & Tempahan

Harga yang ditawarkan bagi setiap model adalah seperti berikut:

  • 1.5T Executive: RM73,800
  • 1.5T Premium: RM79,000
  • 1.5T Flagship: RM89,000
  • 1.5T Flagship X: RM94,800

Untuk mereka yang berminat dan ingin membuat tempahan, orang ramai boleh mula mrmbuat tempahan di semua cawangan Proton dengan yuran RM500 sahaja.

Untuk harga sebenar model ini, pihak Proton akan mengeluarkan harga sebenar bagi semua model kereta ini dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton S70, sila layari laman web https://www.proton.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: