Lafaz Takbir Hari Raya Aidiladha & Maksudnya

Apabila tibanya Hari Raya Aidiladha, umat Islam adalah disunatkan untuk bertakbir pada hari tersebut.
Kita disunatkan untuk bertakbir pada Hari Raya Aidiladha mengikut sighah atau lafaz yang warid daripada Rasulullah SAW, para sahabat ridhwanullah alaihim, dan yang diterima dan diamalkan oleh para ulama zaman berzaman.
Jenis Takbir
Terdapat 2 jenis takbir ketika Hari Raya iaitu:
- Takbir Mursal:
- Juga disebut Takbir Mutlak kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya sama Hari Raya Aidilfiri auatu Aidiladha sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa.
- Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.
- Takbir Muqayyad:
- Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Ini terpakai untuk Hari Raya Aidiladha yang mana kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu.
- Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.
Waktu Bertakbir
Untuk Hari Raya Aidiladha, waktunya takbir adalah bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib mulai pagi 9 Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijjah.
Lafaz Takbir Raya Aidiadha
Lafaz takbir raya beserta maksudnya adalah seperti berikut:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Ertinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.
Bacaan Takbir Raya Dalam Rumi
*Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’
Ulang *3 kali
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu
Mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Sadaqa wa’dah
Wanasora ‘abdah
Wa a’azza jundahu
Wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Sumber: https://muftiwp.gov.my/