Tarikh & Niat Puasa Muharram 1445H/2023

Apabila masuknya Bulan Muharram, terdapat beberapa hari yang sunat untuk berpuasa atau dikenali sebagai Puasa Muharram.

Untuk makluman, Bulan Muharram mempunyai banyak kelebihannya seperti yang disebut di dalam Al-Quran dalam Surah at-Taubah ayat ke-36:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.”

Rasulullah S.A.W kemudiannya memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: “Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari 184)

Dalil Galakan Puasa Muharram

Terdapat dalil yang menggalakkan umat Islam berpuasa di bulan Muharram seperti dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail)” (Riwayat Abu Daud 2429)

Selain itu, terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ 

Maksudnya: “Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.” (Riwayat al-Tirmizi 741)

Tarikh Puasa Muharram

Antara puasa yang boleh dilaksanakan pada bulan Muharram adalah seperti:

  • Puasa Sunat Isnin & Khamis
  • Puasa Hari Tasu’a
  • Puasa Hari Asyura
  • Puasa Sunat Hari Putih

Niat Puasa Sunat Isnin & Khamis

Niat puasa sunat hari Isnin adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala.”

Untuk niat puasa sunat bagi hari Khamis pula, lafaz niat adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala.”

Niat Puasa Sunat Hari Putih

Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah atau dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih).

Ini kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Niat puasa sunat untuk Hari Putih pula adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1225-irsyad-al-fatwa-ke-135-adakah-puasa-10-muharram-perlu-disertai-dengan-hari-selepasnya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: