Doa Berbuka Puasa Yang Boleh Diamalkan

Setelah berpuasa dan ingin berbuka puasa, umat Islam adalah disunatkan untuk membaca doa berbuka puasa sebelum menikmati juadah atau hidangan yang disediakan.

Berbuka puasa atau dalam Bahasa Arab disebut Iftar (إفطار) ialah makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Ini bertepatan daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Doa Berbuka Puasa

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa doa berbuka puasa yang boleh diamalkan iaitu:

Doa 1

1. Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah” (Riwayat Abu Daud (2357).

Doa 2

2. Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka” (Riwayat Abu Daud (2358).

Selain itu, terdapat beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya antaranya adalah:

Doa 3

3. Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya” (Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)(Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW).

Doa 4

4. Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ” (Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480))(Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif).

Doa 5

5. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku” (Riwayat Ibn Majah (1753)(Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan).

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/820-irsyad-al-hadith-siri-ke-195-doa-berbuka-puasa

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: