NILAM Johor: Rekod Bacaan Murid Online Negeri Johor

Murid-murid di Negeri Johor boleh merekodkan bacaan buku mereka dengan mudah secara atas talian menerusi NILAM Johor yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk makluman, NILAM Johor adalah portal atas talian yang diwujudkan untuk merekod bacaan buku murid-murid sekolah di Negeri Johor.

Portal bagi menyediakan alternatif kepada murid dan guru yang selama ini sering merekodkan bacaan buku secara manual yang dapat diakses di mana-mana sahaja.

Mengenai NILAM

NILAM atau nama penuhnya ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’ telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1999 lagi.

Program mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah menengah secara rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Program ini diwujudkan bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid dengan melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian.

Objektif pelaksanaan NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan menggalakkan mereka agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. 

Komponen Pelaksanaan NILAM

Pelaksanaan program ini melibatkan 3 komponen utama iaitu:

  • Membaca dan merekod bacaan
  • Mengesahkan rekod
  • Memberi pengiktirafan

Untuk komponen membaca dan merekod bacaan, langkah ini adalah melibatkan murid itu sendiri.

Komponen mengesahkan rekod dan memberi pengiktirafan adalah tanggungjawab di bawah guru di sekolah.

Cara Login NILAM Johor

Untuk login portal NILAM Johor ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web NILAM Johor iaitu https://nilamjohor.edu.my/
  2. Masukkan ID delima murid.
  3. Sebagai contoh ID DELIMa: [email protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default): abcd@1234
  4. Adalah digalakkan agar ID dan kata laluan ini tidak diubah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Cara Merekod Bacaan

Untuk merekod bacaan pula boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke menu utama dan klik bahagian ‘Aktiviti Bacaan.’
  2. Klik butang ‘Tambah Aktiviti Bacaan’ untuk merekod bacaan yang telah dibaca.
  3. Pilih ‘Klasifikasi Bahan Bacaan.’
  4. Isi maklumat bahan bacaan seperti judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit dan tarikh bacaan.
  5. Klik butang ‘Simpan’ setelah selesai.
  6. Rekod maklumat yang telah berjaya disimpan boleh dipadam oleh guru kelas dan atau Admin sekolah sahaja.

Maklumat Lanjut

Penerangan lebih lanjut mengenai NILAM Johor boleh ditonton menerusi pautan video https://www.youtube.com/watch?v=19BzQP0LnKY.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: