STR Fasa 2 2024: Jumlah & Tarikh Pembayaran

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan jumlah dan tarikh pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada hari ini.

Berikut maklumat mengenai bantuan ini serta cara membuat semakan status.

Mengenai STR 2024

STR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Peruntukan bagi sumbangan ini pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Untuk menangani peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah menambah peruntukan STR Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.

Tarikh Pembayaran

Penerima STR 2024 Fasa 2 akan mula menerima bayaran bantuan mereka mulai 3 April 2024.

Jenis Penerima & Kadar Pembayaran

Jenis penerima dan kadar pembayaran diperincikan menerusi jadual di bawah:

Perbandingan STR 2023 & 2024

Perbandingan jumlah bayaran STR 2023 dan 2024 boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

Penerima Yang Layak

Untuk bantuan ini, penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

i) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR 2024 Fasa 2

Pembayaran STR untuk Fasa 2 boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

Jenis PenerimaTarikh PembayaranKaedah Pembayaran
Mempunyai akaun bank3-9 April 2024Dikreditkan terus ke akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)Mulai 3 April 2024Pembayaran secara tunai melalui cawangan BSN

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat membuat semakan status, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan no kad pengenalan
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Klik bahagian ‘Maklumat Bayaran’ untuk melihat jumlah bayaran yang diterima serta status pengkreditan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 2 2024, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: