Senarai SBP Terbaik Malaysia (Berdasarkan Ranking SPM 2022)

Senarai kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik di Malaysia ditentukan menerusi ranking terkini di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

SBP merupakan sekolah yang diwujudkan adalah bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif yang di khususkan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.

Umumnya, pelajar di sekolah ini adalah 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Syarat Pemilihan

Syarat pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

i) Pemilihan Murid Tingkatan 1 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

 ii) Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Ranking SBP Terbaik Di Malaysia (Terkini)

Ranking SBP terkini berdasarkan kedudukan SPM tahun 2022 adalah seperti berikut:

No RankingSBPGred Purata Sekolah 2022
1SBP Intergrasi Gombak1.05
2Sekolah Sultan Alam Shah1.07
3Kolej Tunku Kursiah1.12
4Sekolah Seri Puteri1.20
5Sekolah Tun Fatimah1.36
6Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani1.38
7Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor1.42
8Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra1.46
9Kolej Melayu Kuala Kangsar1.48
10Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi1.53
11Sekolah Menengah Sains Muar1.55
12Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah1.58
13Sekolah Menengah Sains Selangor1.62
14 Sekolah Menengah Sains Alam Shah1.63
15Kolej Islam Sultan Alam Shah1.66
16 SBP Intergrasi Kuantan1.67
17Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang1.70
18Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir 1.74
19Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor1.74
20Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud1.75
21Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu1.76
22Sekolah Menengah Sains Seri Puteri1.83
23Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah1.87
24Sekolah Menengah Sains Banting1.89
25SBP Intergrasi Rawang1.90
26Sekolah Menengah Sains Rembau1.94
27Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu1.99
28Sekolah Menengah Sains Sembrong2.02
29Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu2.05
30Maktab Tentera Di Raja2.07
31Sekolah Menengah Sains Kepala Batas2.11
32Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah2.21
33Sekolah Menengah Sains Jeli2.22
34Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng2.22
35Sekolah Menengah Sains Batu Pahat2.32
36Sekolah Tuanku Abdul Rahman2.33
37Sekolah Menengah Sains Dato’ Abdul Razak2.33
38Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong2.35
39Sekolah Menengah Sains Tapah2.40
40 Sekolah Menengah Sains Machang2.43
41Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim2.51
42Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh2.56
43Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah2.58
44SBP Intergrasi Sabak Bernam2.65
45Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar2.60
46Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu2.72
47Sekolah Menengah Sains Pokok Sena2.75
48Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa2.77
49Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin2.77
50Sekolah Menengah Sains Setiu2.84
51SBP Intergrasi Tun Abdul Razak2.89
52Sekolah Menengah Sains Gua Musang2.95

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-berasrama-penuh.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: