Senarai SBP Terbaik Malaysia (Berdasarkan Ranking SPM Terkini)

Senarai kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik di Malaysia ditentukan menerusi ranking terkini di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SBP merupakan sekolah yang diwujudkan adalah bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif yang di khususkan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.

Umumnya, pelajar di sekolah ini adalah 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Syarat Pemilihan

Syarat pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

i) Pemilihan Murid Tingkatan 1 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

 ii) Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Ranking SBP Terbaik Di Malaysia (Terkini)

Ranking SBP terkini berdasarkan kedudukan SPM tahun 2021 adalah seperti berikut:

No RankingSBPGred Purata Sekolah 2021
1Sekolah Tun Fatimah0.84
2Sekolah Seri Puteri0.97
3SBP Integrasi Gombak1.06
4Kolej Tunku Kurshiah1.09
5Sekolah Sultan Alam Shah1.16
6Kolej Melayu Kuala Kangsar1.21
7SMS Sains Tuanku Aishah Rohani1.37
8SM Sains Kuala Terengganu1.40
9SM Sains Johor1.47
10SM Sains Seri Puteri1.49
11Kolej Islam Sultan Alam Shah1.51
12SMS Muar1.53
13SMS Hulu Selangor1.56
14SMS Muzaffar Syah 1.56
15SMS Kota Tinggi 1.56
16SMS Tuanku Munawir 1.60
17SMS Kuching Utara 1.63
18SMS Sultan Mahmud 1.72
19SM Agama Persekutuan Labu1.73
20SBPI Sabak Bernam 1.74
21SMAP Kajang 1.74
22SMS Alam Shah 1.76
23SMS Kuala Selangor 1.79
24SM Sains Selangor 1.80
25SM Sains Rembau 1.83
26SBP Integrasi Gopeng 1.83
27SBP Integrasi Rawang 1.85
28SM Sains Sabah1.88
29Sekolah Dato’ Abdul Razak 1.92
30SM Sains Dungun 1.94
31SBPI Kuantan 1.94
32SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1.95
33SM Sains Jeli 1.98
34SM Sains Tapah 1.99
35SM Sains Banting 2.04
36SMS Tengku Abdullah 2.05
37SMS Tuanku Jaafar 2.06
38SBPI Jempol 2.07
39SMS Teluk Intan 2.09
40SMS Raja Tun Azlan Shah 2.11
41SMS Kuching 2.12
42SMS Tuanku Syed Putra 2.12
43SMS Machang 2.12

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-berasrama-penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *