Permohonan SPC Yayasan Terengganu: Skim Pelajar Cemerlang

Pelajar anak Negeri Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang ingin menyambung pengajian di dalam atau luar negara dipelawa untuk membuat permohonan yang ditawarkan oleh Yayasan Terengganu menerusi Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

SPC merupakan skim yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang terutamanya B40 untuk melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau luar negara.

Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 26 Jun 2022 secara atas talian.

Kategori Biasiswa

Kategori biasiswa yang termasuk dalam penajaan skim ini adalah seperti berikut:

i) Dalam Negara

  • Biasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah
  • Biasiswa Foundation In Accountancy (FIA) – ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ii) Luar Negara

  • Biasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/Perakaunan
  • Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)
  • Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di Jordan
  • Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10
    tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau Surat Akaun Bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri
    Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).

Syarat Khusus

Bagi syarat khusus, pemohon boleh menyemak syarat khusus mengikut kategori biasiswa melalui dokumen berikut:

Cara Memohon

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai SPC, sila hubungi Bahagian Tajaan dan Transformasi Pendidikan Yayasan Terengganu di talian 09-621 1908/1899/1902.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: