Skim Pembiayaan TEKUN Niaga Sehingga RM100,000

Usahawan kecil dan sederhana yang memerlukan pembiayaan adalah dialu-alukan untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga yang menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 daripada TEKUN Nasional.

TEKUN Nasional adalah institusi pembangunan usahawan yang berperanan dalam menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan (mikro kredit) dengan mudah dan cepat.

Matlamat utama TEKUN Nasional adalah untuk mempertingkatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Bidang-Bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pertanian dan Perusahaan Asas Tani
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Pembuatan
  • Kontraktor Kecil
  • Perniagaan Online

Kadar Keuntungan & Tempoh Pembiayaan

Kadar keuntungan adalah 4% setahun dengan tempoh pembiayaan adalah 6 bulan sehingga 120 bulan @ 10 tahun.

Syarat Kelayakan Asas

Syarat kelayakan asas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang muflis.
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online).
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan.
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan).
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Kaedah Permohonan

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan) – depan dan belakang
  2. Salinan Lesen/Permit/Daftar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  3. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank Akaun Simpanan/Akaun Semasa yang mengandungi Nama Pemohon/Syarikat Pemohon dan Nombor Akaun Bank.
  4. Gambar yang menunjukkan aktiviti perniagaan pemohon yang sedang dijalankan.
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, sila layari laman web rasmi https://www.tekun.gov.my atau berkunjung terus ke pejabat cawangan berhampiran atau hubungi talian hotline 03-9059 8888

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: