Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK 2023

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK 2023.

Pinjaman Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK ini adalah pembiayaan yang ditawarkan kepada pelajar anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian dari peringkat Sijil ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 27 Ogos 2023 (Ahad) sehingga 1 Oktober 2023 (Ahad).

Kadar Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Sijil: RM2,500.00 setahun
  • Diploma: RM4,500.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS lain): RM6,500.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM7,500.00 setahun

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta Warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin serta menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pertama secara Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta pemohon telah membuat pengesahan pengajian.
  3. Terbuka untuk pelajar Tahun Pertama Semester 1 atau Semester 2 Sesi Pengajian Tahun 2023 sahaja.
  4. Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
  5. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana Agensi.
  6. Sijil Vokasional Malaysia/Sijil Matrikulasi/Sijil Asasi/Master/PhD adalah tidak layak memohon.

Senarai IPT Layak Memohon

Senarai IPT yang layak memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Sijil: Semua Kolej Komuniti/ Politeknik/ IPT Tempatan (Kecuali Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Matrikulasi, Sijil Asasi, Sijil Kejururawatan).
  • Diploma Pertama: Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan.
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda): Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda): Semua Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:
    – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    – Asian Institute of Medicine
    – Science and Technology (AIMST)
    – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    – Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    – TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    – Universiti Selangor (UNISEL)
    – Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web Sistem iPINJAM SPPNK iaitu https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam/login.php?a=OTEzMTgz.
  2. Klik “Daftar Pengguna Baru.”
  3. Isi Nama Penuh, No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna, Kata Laluan dan Emel diikuti dengan klik “Hantar.”
  4. Semak emel untuk pengesahan pendaftaran akaun.
  5. Log masuk dengan mengisi No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan.
  6. Memuat naik Surat Tawaran/Surat Pengesahan IPT di ruangan Maklumat Pengajian dan klik “Seterusnya.”
  7. Isi No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Waris/Penjaga untuk semakan kelayakan dan klik “Semak.”
  8. Klik “Permohonan Baru.”
  9. Isi maklumat berikut:
    – Maklumat pemohon
    – Maklumat Keluarga/Waris/Penjaga/Suami/Isteri
    – Tanggungan Keluarga yang masih belajar (sekiranya ada)
    – Maklumat Pengajian Semasa
    – Keputusan SPM
    – Maklumat STPM/STAM/Sijil/Matrikulasi dan Diploma
  10. Tandakan di ruangan “Ya” untuk Perakuan.
  11. Klik “Hantar.”

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK, sila hubungi SPPNK di talian 04-702 7296.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: