STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Pembayaran

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan menerima bayaran seterusnya bermula 26 Jun 2023.

Ini adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada hari ini.

STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 sehingga RM3,100.

Bantuan ini akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Penerima Yang Layak

Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

i) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Pemberian STR Fasa 3

Untuk Fasa 3, bayaran itu akan memanfaatkan lebih 8 juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.

Ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi pembayaran untuk fasa tersebut.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 3

Tarikh pembayaran sumbangan ini secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

Fasa PembayaranTarikh Pembayaran
Fasa 1Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
Fasa 25 April 2023 secara berperingkat
Fasa 326 Jun 2023 secara berperingkat
Fasa 4November*

Kementerian Kewangan akan membuat pengumuman mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 3 secara spesifik.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai STR Fasa 3, sila layari laman web STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: