Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Individu yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023.
Tawaran ini dibuka kepada individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan peperiksaan berkenaan yang akan berlangsung pada tahun ini.
Bagi individu yang berminat, mereka boleh membuat permohonan daripada 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023.
Elaun Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.
Tugas Sukarelawan Pengawas Peperiksaan
Skop tugas sukarelawan pengawas peperiksaan seperti berikut:
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksan.
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Pemohon adalah pesara/pelajar kolej alau universiti yang sedang dalam tempoh cull semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
- Mempunyai pengangkutan sendiri.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan yang ingin dibuat perlu melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL.
Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Penerimaan Permohonan
Pemohon yang berjaya akan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup ikian adalah dianggap tidak berjaya dan segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023, layari laman web http://lp.moe.gov.my/.