Ibu bapa yang telah menghantar permohonan bagi kemasukan anak mereka ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan bagi tahun 2023, semakan permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.
Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Untuk semakan kemasukan bagi permohonan tahun 2023, semakan permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 3 November 2022.
Kadar Yuran
Kadar yuran yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Asnaf: RM20.00
- Warganegara: RM50.00
- Bukan Warganegara: RM80.00
Senarai Tadika
Senarai Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids boleh dirujuk seperti berikut:
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ke institusi pendidikan prasekolah ini adalah seperti berikut:
- Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.
- Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
- Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018
- Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 (murid baru sahaja).
- Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal.
- Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.
- Permohonan hanya dibuka secara atas talian bermula 1 – 30 September 2022.
- Ibu/bapa/penjaga diwajibkan mengisi Borang Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP.
- Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.
- Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.
- Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP mulai 1 November 2022 dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatnya pada 14 November 2022.
Syarat Tambahan
Syarat tambahan ini dikenakan untuk kemasukan ke Tadika Permata MAIWP Presint 18, Putrajaya iaitu:
- Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM10,000.00.
- Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP.
Tatacara Semakan
Semakan permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 3 November 2022 melalui laman sesawang https://www.maiwp.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR.
Telefon: 03 – 4047 9444 samb 570/395 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03 – 8871 50000 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN.
No. Tel: 087 – 418 5515/512