Semak Keputusan Calon Jaya Kemasukan Kolej Matrikulasi 23/24
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemohon yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM boleh membuat semakan keputusan calon jaya Kolej Matrikulasi KPM mulai 26 Jun 2023 jam 2.00 petang.
Untuk info, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Senarai Matrikulasi
Bagi calon yang berjaya akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:
Kolej Matrikulasi | Aliran/Jurusan |
Kolej_Matrikulasi Negeri Sembilan | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Perlis | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Perak | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Melaka | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Pulau Pinang | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Labuan | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Johor | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Pahang | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Kedah | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | Kejuruteraan |
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | Kejuruteraan |
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan Johor | Kejuruteraan |
Kolej_Matrikulasi Kelantan | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Sarawak | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang | Perakaunan, Sains |
Kolej_Matrikulasi Selangor | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Cara Semakan Keputusan Ke Kolej Matrikulasi
Untuk kemasukan ke kolej matrikulasi, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Semakan.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Keputusan permohonan dipaparkan.
Permohonan Rayuan
Bgai calon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 26 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan kemasukan ke Kolej Matrikulasi, sila layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.