UiTM Endowment Scholarship: Biasiswa Wakaf UiTM 2024

UiTM menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menawarkan UiTM Endowment Scholarship atau Biasiswa Wakaf UiTM, yang pertama seumpamanya di UiTM.

Berikut adalah maklumat dan info biasiswa ini serta cara untuk memohon.

Mengenai UiTM Endowment Scholarship

UiTM Endowment Scholarship merupakan biasiswa yang bukan sahaja meliputi yuran pengajian akademik tetapi juga elaun bulanan yang bermanfaat.

Bagi tahun 2024, lebih daripada 28 biasiswa akan diberikan kepada pelajar terpilih yang dikategorikan seperti berikut:

  • Biasiswa sarjana muda untuk warganegara Malaysia
  • Biasiswa pascasiswazah untuk warganegara Malaysia
  • Biasiswa pascasiswazah untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UiTM dalam bidang keutamaan yang ditetapkan.

Calon-calon terbaik yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Universiti Teknologi MARA adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Wakaf UiTM.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda

RM 10,000.00 setahun ditambah yuran pengajian (untuk dibayar terus ke universiti)

ii) Ijazah Sarjana (Master)

RM 24,000.00 setahun ditambah yuran pengajian (untuk dibayar terus ke universiti)

iii) Ijazah Kedoktoran

RM 36,000.00 setahun ditambah yuran pengajian (untuk dibayar terus ke universiti)

iv) Ijazah Sarjana (Master) (Antarabangsa)

RM 30,000.00 setahun ditambah yuran pengajian (untuk dibayar terus ke universiti)

v) Ijazah Kedoktoran (Antarabangsa)

RM 42,000.00 setahun ditambah yuran pengajian (untuk dibayar terus ke universiti)

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa (mod penyelidikan) sarjana muda dan pascasiswazah serta terbuka kepada pelajar sepenuh masa prasiswazah dan pascasiswazah (mod semua pengajian) untuk pelajar kurang upaya (OKU).
  2. Bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi (Kecuali zakat, dermasiswa, hadiah, bantuan kewangan orang kurang upaya (BKOKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau mana-mana jenis biasiswa sekali sahaja).
  3. Hendaklah mendapat pengecualian/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu bagi pengajian yang telah dijalankan sebelum memohon biasiswa ini.
  4. Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinikal UiTM dikecualikan).
  5. Tidak mempunyai rekod jenayah.
  6. Tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis.
  7. Belum disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia/antarabangsa).
  8. Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  9. Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ensure.uitm.edu.my.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Hantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships?fbclid=IwY2xjawFkXXBleHRuA2FlbQIxMAABHV0wlz6Xkcl_n7AAc2Mb8r3i7BLyQUU5nyRtxzSzsNd7v5Pmm2d7uBi52Q_aem_6ZygQIz59GFoWqDLUEolFw

Baca juga: Pra Diploma UiTM: Kemasukan Sesi 1 2024/2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: