Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Sembilan 2023

Individu yang berminat untuk memohon jawatan sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2023 secara kontrak di Negeri Sembilan, permohonan bagi jawatan ini talah dibuka.

Untuk makluman, permohonan bagi jawatan guru KAFA di Negeri Sembilan ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebagai agensi yang menguruskan pengurusan kelas KAFA di Negeri Sembilan.

Oleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan perlu membuat penghantaran sebelum 25 Ogos 2023.

Jumlah Gaji

Jumlah gaji yang ditawarkan bagi guru kelas KAFA ini adalah sebanyak RM 1,000.00 sebulan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
    jawatan.
  3. Memiliki kelulusan seperti yang berikut:
    a) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
    Bahasa Melayu.
    b) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi subjek:
    – Pendidikan Islam; atau
    – Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; atau
    – Pendidikan Syariah Islamiah; atau
    – Subjek yang setaraf seperti di atas.
    c) Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (komunikasi).
  4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam al-Quran, fardhu ain dan tulisan jawi.
  5. Keutamaan adalah calon kelahiran Negeri Sembilan; dan
  6. Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah KAFA di seluruh Negeri Sembilan.

Tatacara Permohonan

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1eqa56pTAL4RUELrI9IQGuRYiGoiR0nzQ/view.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Tuliskan nama daerah yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
  6. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Daerah yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat beranak yang telah disahkan.
  2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  3. Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.

Ujian Bertulis & Temu Duga

Calon yang layak akan dihubungi melalui telefon atau emel bagi menghadiri ujian bertulis dan seterusnya sesi temu duga.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai jawatan Guru KAFA Negeri Sembilan 2023, sila hubungi 06-767 1098/2897.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: