Vaksin TDAP: Kurangkan Risiko Jangkitan Pertussis

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan pemberian vaksin TDAP iaitu kombinasi Tetanus–Difteria-Pertussis (TDAP) kepada semua ibu hamil di Malaysia.

Ini sebagai langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan pertussis terutama dalam kalangan bayi berusia bawah 5 bulan.

Pemberian vaksin ini akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan hingga lahir.

Inisiatif ini dijangka melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta, bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil di seluruh negara pada setiap tahun. 

Mengenai Pertussis

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan.

Jangkitan Pertussis melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia dengan anggaran 90% daripada kes tersebut berlaku di negara membangun dengan 200,000 hingga 300,000 kematian setiap tahun.

Penyakit ini boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Tanda dan gejala penyakit ini bermula dengan batuk gatal dan lama kelamaan menjadi batuk berulang (paroxysmal), biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu dan berlarutan sehingga 1 hingga 2 bulan atau lebih.

Terdapat beberapa komplikasi penyakit ini antaranya:

  • Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.
  • Kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.
  • Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.

Gejala Pertussis Di Malaysia

Untuk tahun 2023, sehingga 23 Ogos terdapat sebanyak 343 kes pertussis dengan 24 kematian dilaporkan di seluruh Malaysia.

Daripada keseluruhan jumlah kes tersebut, 173 kes merupakan bayi berusia bawah lima bulan.

Sebanyak 24 kematian yang dicatatkan dan 19 kematian berlaku dalam kalangan bayi berusia bawah 5 bulan.

Ini berlaku kerana antibodi dalam tubuh bayi hanya akan mencapai tahap perlindungan yang optimum apabila bayi lengkap menerima tiga dos vaksin pertussis yang diberikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan apabila berumur lima bulan

Pelaksanaan Vaksin TDAP

Inisiatif ini dijangka akan bermula pada tahun 2024 selepas urusan perolehan bekalan vaksin TDAP selesai dan bekalan vaksin itu tersedia di fasiliti kesihatan KKM seluruh negara.

Apabila dilaksanakan, semua ibu hamil termasuk bukan warganegara akan diberikan satu dos vaksin ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

Tindakan Pencegahan Dengan Vaksin TDAP

Bagi individu yang bergejala, tindakan pencegahan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

Sumber: https://www.utusan.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: