Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids)

Ibu bapa kini boleh mendapatkan vaksin COVID-19 kepada anak-anak mereka berusia berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids).
Untuk makluman, pelaksanaan PICKids dilakukan disebabkan jumlah peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutamanya setelah pembukaan sesi persekolahan pada awal tahun ini.
Sebagai permulaan, program pemberia vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak ini dilaksanakan di Lembah Klang dan akan diperluaskan kepada negeri-negeri lain selepas ini.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaksanaan program ini adalah sukarela dan tiada paksaan kepada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka mengambil vaksin COVID-19.
Kesan Dijangkiti COVID-19
Bagi kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19, mereka berisiko tinggi untuk mendapat kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).
Kanak-kanak yang mengalami kesan serius tersebut akan mengalami gejala seperti:
- Demam yang berlarutan
- Tekanan darah rendah
- Sawan
- Keradangan pelbagai organ termasuk jantung (miokarditis), paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata, saluran usus dan lain-lain.
Jenis Vaksin Diberikan
Vaksin yang akan diberikan menerusi PICKids adalah Vaksin Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).
Menerusi kajian klinikal yang dijalankan, vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% dan juga berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19 kepada kanak-kanak.
Keutamaan Pemberian Vaksin
Untuk permulaan, pemberian vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk termasuklah kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi (ICU) serta kematian.
Antara masalah kesihatan yang akan dihadapi merangkumi penyakit-penyakit berikut seperti:
- Penyakit kardiovaskular
- Penyakit respiratori kronik
- Penyakit saraf
- Immunosuppression
- Kencing manis
- Penyakit ginjal kronik
Kesan Sampingan
Vaksin yangbakal diterima kanak-kanak berpotensi untuk menerima kesan sampingan seperti:
- Sakit pada tempat suntikan
- Kemerahan dan bengkak
- Keletihan
- Pening kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Demam.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.
Cara Mendaftar
Ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai PICKids, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids.