Permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA University
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan individu yang ingin menyambung pengajian dan mendapat tajaan biasiswa di MAHSA University untuk memohon Biasiswa Pendidikan Mahsa University.
Biasiswa Pendidikan MAHSA University adalah biasiswa yang ditawarkan oleh MAHSA University bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini terutamanya bagi asnaf Fakir dan Miskin.
Bagi individu yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi link google form yang diberikan sehingga 10 Jun 2022.
Bentuk Tajaan
Bentuk tajaan (sepanjang pengajian) yang akan ditanggung oleh pihak universiti kepada individu yang layak adalah seperti berikut:
- Yuran Pendaftaran
- Yuran Pengajian
- Asrama
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan untuk biasiswa ini adalah Diploma in Business Administration.
Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun bagi 4 semester.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut iaitu:
- Sedang bermastautin atau menetap di Negeri Kedah atau warganegara Malaysia.
- Pemohon berusia 17 tahun dan ke atas.
- Keputusan SPM minima 3 kredit dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Keutamaan diberikan kepada asnaf Fakir dan Miskin.
Tatacara Permohonan
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Klik pautan permohonan https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity.
- Baca maklumat dan syarat permohonan.
- Lengkapkan butiran yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Mahsa University, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.