Permohonan YTL Foundation Scholarship Programme 2022

Pelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) boleh memohon biasiswa menerusi YTL Foundation Scholarship Programme 2022.

YTL Foundation Scholarship Programme adalah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka di IPTA atau IPTS tempatan.

Setiap tahun, pihak YTL telah memberikan seramai 30 pelajar yang layak menerusi program biasiswa ini.

Pemohon yang berminat untuk mendapatkan biasiswa ini boleh membuat permohonan sehingga 31 Mac 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan mekanikal
  • Ukur Bahan
  • Pengurusan Projek Pembinaan dan kursus berkaitan pembinaan lain
  • Ijazah berkaitan Kewangan dan Perniagaan
  • Seni dan Reka Bentuk
  • Perakaunan
  • Sains Komputer

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon bagi memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Mod pengajian pemohon adalah sepenuh masa.
  4. Mempunyai rekod khidmat masyarakat/persatuan yang baik.
  5. 6) Diterima ke institusi akademik yang baik.
  1. Pemohon mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam kriteria berikut:
Lepasan PengajianGred Minimum
SPM /IGSCE7A
STPM/Matrikulasi/Asasi3A/CGPA 3.7/Purata B+
‘A’ Level2A
IB33 Mata

Tatacara Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti tatacara permohonan iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://fs10.formsite.com/YTLF/form6/index.html.
  2. Baca maklumat biasiswa sebelum membuat permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ setelah selesai.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan salinan kad pengenalan penjamin yang dicadangkan.
  3. Salinan sijil (PMR, SPM, Matrikulasi, IGCSE/STPM/A-Level).
  4. Surat tawaran atau setaraf dengannya dari universiti.
  5. Slip bayaran yuran.
  6. Penyata Cukai Pendapatan untuk bapa dan ibu (jika bekerja). Jika telah bersara, sila serahkan set penyata yang terakhir
  7. Gambar Bersaiz Pasport
  8. 2 Pengadil (sekurang-kurangnya seorang harus menjadi pengadil akademik)
  9. CV /Resume
  10. Esei mengenai diri sendiri untuk dimuat naik dalam format Microsoft Word (tidak kurang daripada 1,000 patah perkataan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai YTL Foundation Scholarship Programme 2022, sila layari laman web https://www.ytlfoundation.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *